Monday, September 30, 2019

BBM3410Satu: Suat Ketika

Suatu Ketika...



Lamunanku terhenti kerana terganggu dengan bunyi pintu pagar yang dikuak dari halaman rumah. Ibu yang sibuk mengemas juga terhenti seketika langkah kakinya dan menghalakan kepala ke arah jendela untuk melihat apa yang berlaku. Rupa-rupanya kakak yang menolak pintu tersebut dengan menjenjeng barangan di tangannya tidak menang tangan lalu menolak pintu pagar tersebut dengan menggunakan kakinya. Ibu kemudiannya mengucap panjang dengan tindakan kakak itu kerana tidak sabar-sabar mahu masuk ke rumah akibat dikejar anjing liar di kawasan perumahan kami. Begitulah aku percaya setiap orang akan melakukan tindakan yang di luar jangkaan apabila berhadapan dengan situasi cemas seperti dikejar anjing liar. 



🌻🌻🌻🌻🌻

BBM3410Satu2019: Tip Belajar Dengan Mudah

TIP BELAJAR DENGAN MUDAH 





Cabaran menjadi mahasiswa sememangnya bukan mudah untuk ditangani, lebih-lebih lagi dalam menghadapi waktu-waktu genting seperti minggu peperiksaan dan ujian. Antara dua tips yang boleh dimanfaatkan oleh mahsaiswa dalam menangani masalah seperti ini adalah; 


💮 Catitan di 'sticky note' 
Mendengar kuliah yang hampir makan masa satu ke dua jam, semestinya membosankan dan akan melahirkan rasa mengantuk. Oleh itu, kuliah yang diberi oleh pensyarah semasa mengajar perlulah didengari dengan baik dan gunakan masa pengkuliahan dengan membuat nota kecil yang terkandung point penting sahaja. 

penghuraian berkaitan isi tersebut hendaklah selalu diingati atau "remind" ketika tiada kerja dan tugasan yang dilakukan. 

💮 Tumpuan Terhadap Though Subject 
Berikan tumpuan lebih kepada subjek yang sukar dikuasai di masa senggang. Kerana, perkara ini akan banyak membantu anda mengusainya kelak. Penggunaan daya ingatan perlu digunakan untuk mengingati jalan cerita mengikut kesesuaian masa belajar. jangan menghafal, tapi memahami isi penting. 




Semoga Berjaya dan Selamat Belajar! 





Tuesday, September 24, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini

CERITA YANG TAK DAPAT DILUPAKAN





Berbicara mengenai pengalaman, mungkin tidak bisa diungkapkan dengan helaian kertas semata-mata. Malah, kenangan yang dirasai itu lebih bernilai berbanding pengungkapan kata. Bukanlah perkara mudah pabila duduk semeja, bertentang mata dan berbalas ucapan dengan seorang tokoh  dalam dunia bahasa; Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim. Namun, pengalaman tersebut dipaterikan sebagai kenangan, dilihat sebagai ruang peluang agar menginspirasi diri beliau sepanjang berada di dalam dunia akademik. Menjadi pengiring kepada beliau dalam satu majlis yang amat besar "Bicara Cendekiawan Mulia 2.0" di UMP Kampus Gambang pada 25 Julai yang lalu merupakan antara perkara yang tidak dapat dilupakan. Tiada siapa sangka, kalau Tuhan kata 'ya' maka terjadilah ia. Bergerak kerja selama lapan (8) hari bersama beliau dalam penyediaan slaid untuk bicara tersebut amat menguji kekentalan mental dan fizikal, kekerdilan yang dirasai ditangkap oleh beliau dengan titipan murni;



"umpama berjalan dah sampai ke batas, umpama berkayuh dah tiba di pulau, umpama memanjat dah sampai ke puncak, jangan pernah selesa, kekal berazam genggam cita-cita itu"


andai buai yang kau ayun, 
hanya bebanan yang merasai,
andai hati ikhlas menuntun,
seluruh jiwa kau beruntung. 


Terima kasih atas kesudian membaca tinta ini..

Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk

Cerita Sosial 1 : Nenek dan Datuk
Penulis             : Profesor Dr.Normaliza Abd Rahim
Tajuk Buku      : Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi
Halaman          : 22 - 23
Hak Cipta        : Universiti Putra Malaysia



Sinopsis Cerita Sosial 1 : Nenek dan Datuk 

Keadaan yang merubah sekeliling dan persekitaran kampung nenek dan atok, membuatkan Alim berasa seperti berada di sebuah tempat yang asing. Keadaan reban baharu yang dibina oleh atok dengan kedudukannya yang diletakkan jauh dari tempat biasa menerbitkan perasaan sedih di dalam diri Alim. Mungkin kerana Alim begitu teruja untuk bermain dengan itik serta ayam yang dipelihara atoknya. Namun, perubahan yang dialami daripada keadaan yang berbeda daripada biasa itu membuatkan ukhuwah kekeluargaan di antara Alim, atok dan neneknya serta adik beradiknya (Madinah, Imran dan Aisyah) kembali terjalin erat.




Antara jenis multimedia yang boleh digunakan bagi cerita sosial "Nenek dan Atok" ini adalah; 

a. Teks
Penggunaan teks pada paparan cerita perlu mengambil kira jenis muka taipnya (Serif, atau San Serif), gaya teks penulisan, jajar teks dan juga pemilihan warna yang baik dan jelas. Hal ini bagi menunjukakan kejelasan setiap karakter alphabet yang digunakan.

b. Interaktif
Program atau perisian dalam multimedia merupakan kunci kebolehan dan kecanggihan sesebuah karya dalam multimedia. Sebagai contoh, video atau filem pendeuk turut menggunakan program yang mempunyai gabungan pelbagai elemen seperti grafik audio dan animasi




BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog

"Etika" berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, merujuk kepada prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat, sopan santun) yang menjadi pegangan kepada seseorang atau sesebuah kumpulan manusia. "Penulisan" pula merujuk kepada tindakan menulis atau mengarang. Oleh itu, terdapat juga gaya untuk penulisan blog dengan baik yang telah disenaraikan oleh Normaliza Abd Rahim (2014) di dalam bukunya Media Sosial  

1. Tajuk yang Menarik Perhatian Pembaca 
Penulisan blog amat mementingkan paparan tajuk yang menarik agar pembaca tertarik untuk mengikuti penulisan blog tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana. dengan penguasaan tajuk yang menarik, ia dapat menambahkan jumlah pembaca yang ramai di samping dapat memberi manfaat kepada pembaca. 


2. Cerita Menarik Hati Pembaca 
Penulisan blog yang menarik juga berdasarkan persembahan dan perkongsian cerita dari penulis. Penulis perlu mempersembahkan cerita yang menarik seperti adanya unsur lawak, gembira dan sedih agar pembaca turut dapat merasai perkara yang dipersembahkan oleh penulis. 


3. Memasukkan Ayat Berunsur Humour dan Berbentuk Jenaka untuk Lebih Menarik 
Penggunaan ayat yang berunsur jenaka dan lucu amat penting di dalam penulisan blog yang bersifat santai, namun masih mempunyai tujuan penyampaiannya. Hal in dikatakan demikian kerana, penggunaan ayat yang ada jenaka dapat mengurangkan tekanan kepada pembaca yang mengikuti penulisan blog tersebut. 


4.Terdapat Hujah yang Terbaik untuk Menghuraikan Penulisan Blog
Penulisan blog yang mengetangahkan sesuatu fakta haruslah mengandungi hujah yang terbaik dan sahih, dan bukan hanya rekaan sahaja. Hal ini menunjukkan bahawa penulisan yang disampaikan mengandungi input yang dapat digunakan dan memanfaatkan pembaca blog.


5. Kaitkan Penulisan Blog dengan Berita Terkini 
Pembaca blog dapat menjadikan penulisan blog yang ditulis sebagai maklumat sekiranya terdapat isu-isu semasa yang dipaparkan oleh penulis blog. Penulis blog perlu mengambil inisiaif untuk menarik minat pembaca agar bersama-sama mengikuti penulisan yang ditulis dengan membincangkan idea atau solusi kepada isu atau berita terkini. 


6. Gunakan Perkataan dan Struktur Ayat Ringkas 
Penulisan blog adalah sesuatu bahan atau medan yang santai bagi pembaca. Oleh itu, penulis hendaklah menulis blog dengan menggunakan ayat dan perkataan yang mudah difahami pembaca, dan elakkan penggunaan kata yang kompleks.


7. Dapat Dibaca dan Difahami 
Penulis blog haruslah mengambil cakna juga akan pemilihan warna latar belakang, penggunaan fon dan saiznya agar memudahkan pembaca mengikuti penulisan blog tersebut dengan lancar dan teratur.


8. Dapat Berkomunikasi dengan Pembaca 
Pembaca boleh memberi respon melalui ruangan komen yang disediakan bagi membaiki penulisan ataupun berkongsi pengalaman yang sama dengan perkara yang dipersembahkan oleh penulis blog. Hal ini dpaat menunjukkan komunikasi maya di antara penulis dan pembaca. 


9. Memasukkan Nilai Moral dan Estetika dalam Penulisan Blog
Penulisan yang baik dan menarik perhatian pembaca adalah dengan memasukkan nilai dan unsur estetika sebagai tarikan pembaca mengikuti penulisan tersebut. Misalnya penulis mengetengahkan sesuatu isu berkaitan masyarakat, kemudian memasukkan unsur keindahan dan cita rasa yang tidak  menyentuh sentimen mana-mana pihak.


10. Berilmu untuk Penulisan Pendidikan 
Penulis blog yang baik mestilah dapat menulis pelbagai genre penulisan yang memberi manfaat kepada pembaca blog. Penulisan blog walaupun berbentuk lebih santai, namun penulis juga hendaklah turut sama menguasai penulisan bergenre akademik atau pendidikan. 





Sekian, perkongsian ilmu. Terima kasih atas kesudian kalian membaca!


Monday, September 16, 2019

BBM3410Satu2019Saya Faham

Lagu & lirik : Professor Dr. Normaliza Abd Rahim
Hak Cipta     : Universiti Putra Malaysia (UPM)


Saya Faham 

Saya kata"Apa khabar"
Dia jawab "Khabar baik"
Ucapan untuk dia 
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang, malam 

Untuk dia
Untuk saya 

Terima kasih

Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya 

Terima kasih 

Sama-sama 
Untuk kita 
Untuk mereka 




BBM3410Satu2019 DIRI




Assalamualaikum w.b.t, dan selamat sejahtera. 
Nama di beri adalah Nur Afza Syarfa dan berasal dari Johor Bahru; telah menetap dan dibesarkan di Selangor kurang lebih hampir 15 tahun. kini, menetap di Seri Kembangan. Mendapat pendidikan seawal usia 6 tahun sehingga ke peringkat universiti dalam bidang Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM). 


Saya merupakan anak bongsu daripada empat (4) orang adik-beradik. Keluarga saya merupakan keluarga yang memiliki darah dari negara senusantara iaitu Jambi, Indonesia. Oleh itu, kepelbagaian dari segi adat dan budaya yang membentuk kesenian dalam keluarga amat dititikberatkan. Misalnya cara sopan santun sIstem panggilan di sana seperti panggilan 'aki', 'paman', 'cik mas' dan banyak lagi yang masih digunakan di dalam keluarga. 


Pada masa senggang, saya meminati menulis puisi atau juga membaca bahan bacaan sama ada berbentuk ilmiah mahupun kreatif. Prinsip yang ditanam dalam diri, 'tidak mengapa walaupun kita bukan dalam golongan sastera, yang utamanya adalah menulis' kerana menulis dapat menggerakkan daya ilmu dalam fikiran kita. Oleh itu, di tahun akhir pengajian ini saya mencabar diri saya untuk menulis seberapa banyak yang mungkin penulisan jurnal mahupun artikel untuk disebarluas serta dikongsi kepada masyarakat; khususnya berkaitan seni tulisan Melayu (Jawi)  


'Setiap langkah, pastikan dilangkahi dengan redha Tuhan dan ibu bapa'



Terima kasih atas kesudian kalian membaca. 

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

K ETIKA DAN KALIMAT 💛💚💙💝 Bergelar pelajar tahun akhir, di semester akhir bukan mudah sebenarnya ya adik-adik. Nampak kami jalan...