Tuesday, December 17, 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat


KETIKA DAN KALIMAT

💛💚💙💝

Bergelar pelajar tahun akhir, di semester akhir bukan mudah sebenarnya ya adik-adik. Nampak kami jalan senyum jaa di luar, tapi hakikatnya suram di dalamnya. Banyak perkara yang memotivasi dan mendidik diri aku semester 7 ini. Entah kenapalah semester 7 ini aku merasakan masa itu amat penting (ya lah, baru sedar banyak benda nak kena siapkan). Dari kerja PITA yang tiap-tiap hari perlu ada progress, nak kejar tugasan subjek minor dan major lagi. Memang pendek cerita, tiada masa yang cukup. Ditambah lagi dengan subjek major BBM3410 (fhuhhh memang jangan mimpilah untuk berehat seketika). Setiap hari ada sahaja tugasan Multimedia dalam Bahasa yang Prof.Normaliza bekalkan. Memang nak tak nak, kena siapkan, kena datang pengambaran, muat naik video dan buat hantaran dekat media sosial dan banyak serius banyak lagi. Jadi, bagi aku antara subjek yang paling mencabar dari semester 1 sehingga semester 7 adalah subjek Multimedia dalam Bahasa bawah seliaan Prof.Normaliza Abd Rahim. Melalui subjek inilah aku mulai kenal apa itu asas grafik ada 5, rule of third, flatlay flatlay tuu, macam mana nak upload video, tangkap gambar dengan betul dan penggunaan bahasa dalam setiap gambar pun satu kemahiran yang diajarkan dalam subjek ini.


Namun, minggu-minggu yang membawa kami untuk berlayar pantas dalam subjek ini mengajar diri aku sendiri bahawa apa itu REDHA, BERKAT dan MENGHARGAI. Sejak hari pertama Prof berbuih pesan ‘redha, redha’ baru aku faham erti redha yang Prof. katakan pada awal minggu 7 (lambat, bukan?) ambil masa untuk aku menghadam apa redha yang Prof. nak kan tuu. Diberi tugasan, kena ambil dengan sisian positif, jangan merungut, jangan mengeluh baru ‘redha’ Tuhan itu menyinggah dalam jiwa. Itulah redha yang aku mulai faham dari pesanan Prof.


Prof, selalu pesan juga tentang ‘berkat’ untuk susur aliran sepanjang hidup ini. Apa-apa perkara yang dilakukan, kena ada unsur yang berkat (cth; dapatkan kebenaran bila buat video dan lain lain) sebab apa? Sebab, keberkatan itulah kita bawa untuk kehidupan yang mendatang, ia akan menjadi darah daging hingalah ke anak cucu cicit dan ke bawah. Biarlah bukan kerja di DBP sekalipun, tapi kemahiran sampingan yang diajar semasa kelas Amali Multimedia bawah bimbingan En.Akmal (tutor) kami amat membantu dan pasti ada berkatnya ya adik-adik.



Dan pastinya ini adalah semester terakhir kami, bermakna ini adalah perjumpaan kami berjuang dalam bidang bahasa secara berpasukan. Mungkin selepas tamat ini perjuangan bakal diteruskan namun tidak lagi secara beramai-ramai. Jadi, aku banyak belajar dan didik dalam jiwa untuk menghargai setiap ujian, cabaran, masalah, mahupun perkara yang menyapa aku disemester ini dengan penuh positif. Terima kasih Prof.Normaliza dan Encik Akmal yang sudi mengenali dan mencurahkan ilmu serta perkongsian kepada kami terutama dalam subjek BBM3410, serta Gadis Trex Production yang tidak jemu sama-sama gembeleng idea dan tenaga untuk menghasilkan semua video yang paling menarik. Untuk kalian Gadis Trex Production, terima kasih sudi melakar kenangan di tahun akhir bersama! 






No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

K ETIKA DAN KALIMAT 💛💚💙💝 Bergelar pelajar tahun akhir, di semester akhir bukan mudah sebenarnya ya adik-adik. Nampak kami jalan...