Tuesday, September 24, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini

CERITA YANG TAK DAPAT DILUPAKAN





Berbicara mengenai pengalaman, mungkin tidak bisa diungkapkan dengan helaian kertas semata-mata. Malah, kenangan yang dirasai itu lebih bernilai berbanding pengungkapan kata. Bukanlah perkara mudah pabila duduk semeja, bertentang mata dan berbalas ucapan dengan seorang tokoh  dalam dunia bahasa; Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim. Namun, pengalaman tersebut dipaterikan sebagai kenangan, dilihat sebagai ruang peluang agar menginspirasi diri beliau sepanjang berada di dalam dunia akademik. Menjadi pengiring kepada beliau dalam satu majlis yang amat besar "Bicara Cendekiawan Mulia 2.0" di UMP Kampus Gambang pada 25 Julai yang lalu merupakan antara perkara yang tidak dapat dilupakan. Tiada siapa sangka, kalau Tuhan kata 'ya' maka terjadilah ia. Bergerak kerja selama lapan (8) hari bersama beliau dalam penyediaan slaid untuk bicara tersebut amat menguji kekentalan mental dan fizikal, kekerdilan yang dirasai ditangkap oleh beliau dengan titipan murni;



"umpama berjalan dah sampai ke batas, umpama berkayuh dah tiba di pulau, umpama memanjat dah sampai ke puncak, jangan pernah selesa, kekal berazam genggam cita-cita itu"


andai buai yang kau ayun, 
hanya bebanan yang merasai,
andai hati ikhlas menuntun,
seluruh jiwa kau beruntung. 


Terima kasih atas kesudian membaca tinta ini..

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

K ETIKA DAN KALIMAT 💛💚💙💝 Bergelar pelajar tahun akhir, di semester akhir bukan mudah sebenarnya ya adik-adik. Nampak kami jalan...