Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog

"Etika" berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, merujuk kepada prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat, sopan santun) yang menjadi pegangan kepada seseorang atau sesebuah kumpulan manusia. "Penulisan" pula merujuk kepada tindakan menulis atau mengarang. Oleh itu, terdapat juga gaya untuk penulisan blog dengan baik yang telah disenaraikan oleh Normaliza Abd Rahim (2014) di dalam bukunya Media Sosial  

1. Tajuk yang Menarik Perhatian Pembaca 
Penulisan blog amat mementingkan paparan tajuk yang menarik agar pembaca tertarik untuk mengikuti penulisan blog tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana. dengan penguasaan tajuk yang menarik, ia dapat menambahkan jumlah pembaca yang ramai di samping dapat memberi manfaat kepada pembaca. 


2. Cerita Menarik Hati Pembaca 
Penulisan blog yang menarik juga berdasarkan persembahan dan perkongsian cerita dari penulis. Penulis perlu mempersembahkan cerita yang menarik seperti adanya unsur lawak, gembira dan sedih agar pembaca turut dapat merasai perkara yang dipersembahkan oleh penulis. 


3. Memasukkan Ayat Berunsur Humour dan Berbentuk Jenaka untuk Lebih Menarik 
Penggunaan ayat yang berunsur jenaka dan lucu amat penting di dalam penulisan blog yang bersifat santai, namun masih mempunyai tujuan penyampaiannya. Hal in dikatakan demikian kerana, penggunaan ayat yang ada jenaka dapat mengurangkan tekanan kepada pembaca yang mengikuti penulisan blog tersebut. 


4.Terdapat Hujah yang Terbaik untuk Menghuraikan Penulisan Blog
Penulisan blog yang mengetangahkan sesuatu fakta haruslah mengandungi hujah yang terbaik dan sahih, dan bukan hanya rekaan sahaja. Hal ini menunjukkan bahawa penulisan yang disampaikan mengandungi input yang dapat digunakan dan memanfaatkan pembaca blog.


5. Kaitkan Penulisan Blog dengan Berita Terkini 
Pembaca blog dapat menjadikan penulisan blog yang ditulis sebagai maklumat sekiranya terdapat isu-isu semasa yang dipaparkan oleh penulis blog. Penulis blog perlu mengambil inisiaif untuk menarik minat pembaca agar bersama-sama mengikuti penulisan yang ditulis dengan membincangkan idea atau solusi kepada isu atau berita terkini. 


6. Gunakan Perkataan dan Struktur Ayat Ringkas 
Penulisan blog adalah sesuatu bahan atau medan yang santai bagi pembaca. Oleh itu, penulis hendaklah menulis blog dengan menggunakan ayat dan perkataan yang mudah difahami pembaca, dan elakkan penggunaan kata yang kompleks.


7. Dapat Dibaca dan Difahami 
Penulis blog haruslah mengambil cakna juga akan pemilihan warna latar belakang, penggunaan fon dan saiznya agar memudahkan pembaca mengikuti penulisan blog tersebut dengan lancar dan teratur.


8. Dapat Berkomunikasi dengan Pembaca 
Pembaca boleh memberi respon melalui ruangan komen yang disediakan bagi membaiki penulisan ataupun berkongsi pengalaman yang sama dengan perkara yang dipersembahkan oleh penulis blog. Hal ini dpaat menunjukkan komunikasi maya di antara penulis dan pembaca. 


9. Memasukkan Nilai Moral dan Estetika dalam Penulisan Blog
Penulisan yang baik dan menarik perhatian pembaca adalah dengan memasukkan nilai dan unsur estetika sebagai tarikan pembaca mengikuti penulisan tersebut. Misalnya penulis mengetengahkan sesuatu isu berkaitan masyarakat, kemudian memasukkan unsur keindahan dan cita rasa yang tidak  menyentuh sentimen mana-mana pihak.


10. Berilmu untuk Penulisan Pendidikan 
Penulis blog yang baik mestilah dapat menulis pelbagai genre penulisan yang memberi manfaat kepada pembaca blog. Penulisan blog walaupun berbentuk lebih santai, namun penulis juga hendaklah turut sama menguasai penulisan bergenre akademik atau pendidikan. 





Sekian, perkongsian ilmu. Terima kasih atas kesudian kalian membaca!


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

K ETIKA DAN KALIMAT 💛💚💙💝 Bergelar pelajar tahun akhir, di semester akhir bukan mudah sebenarnya ya adik-adik. Nampak kami jalan...