Monday, October 7, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Kelas Bahasa


ULASAN TENTANG BLOG DI DALAM KELAS



Blog yang bermula pada tahun 1991 dengan bentuk platform perkongsian maklumat yang mempunyai tiga (3) ciri utama iaitu; pautan ke kawasan yang lain dalam web, ruangan komen dan maklumat yang berinteraktif. Blog merupakan satu medium perbincangan dalam bentuk penulisan sama ada berbentuk formal mahupun tidak formal (Normaliza Abd Rahim, 2014) kepada pengajaran bahasa kedua. Ia merupakan medium sosial yang lebih santai kerana bersifat mesra pengguna, disamping ia lebih segar kerana dikemas kini oleh pemiliknya. Hal ini dikatakan demikian kerana ia melibatkan hubungan tiga penjuru di antara penulis blog dan pembaca, penulis blog dengan penulis blog yang lain, serta penulis blog lain dengan pembacanya.

Penulisan blog bagi medium pendidikan untuk kegunaan pengajaran adalah sangat membantu pendidik (Martindale & Wiley, 2005) kerana, penggunaan teknologi ini menawarkan bahagian maklumat terkini berkaitan pendidikan (Wang & Woo, 2008). Kajian Nadzrah Abu Bakar et al. (2010) mendapati pelajar menerima baik penggunaan blog dalam laman maya mereka kerana ia membantu meningkatkan kemahiran komunikasi dan membaca serta membina keyakinan pelajar dalam penulisan. Misalnya seramai 80% (24 responden wanita) bersetuju penggunaan blog untuk medium menulis pengajian kesusateraan seperti puisi, berbanding pelajar lelaki yang kurang gemar akan berkarya di laman blog.

Penulisan blog juga mengambil kira penggunaan bahasa yang dipersembahkan seperti yang ditegaskan oleh Nowson (2006) dalam buku Ehh!!! Media Sosial, sebagai sesuatu yang tidak formal dan kurang terhad bahasanya. Hal ini disokong oleh Levy (2009) dan dinyatakan juga oleh Zaini et al. (2012) yang mampu membentuk kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa. Penegasan mengenai bahasa ini juga merangkumi istilah, tatabahasa dan struktur ayat, perbendaharaan kata dan penyusunan penulisan penulis. Namun, dalam pembelajaran bahasa; penggunaan blog ini dapat mengkretivitikan seni bahasa mereka melalui pengluahan perasaan seperti yang dibuktikan sebanyak 66.7% (20 responden lelaki) dan 100% (30 responden wanita). Kesimpulannya, penggunaan blog di alam maya dapat membina kepakaran dari aspek kemahiran bahasa, teknologi dan penguasaan kendiri.




💛💛💛


Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Birds Eye View (Gadis Trex Production)

Birds Eye View 

'birds eye view' merujuk kepada gambar yang diambil daripada pandangan seekor burung dari sudut yang atas. 





Kalam Melayu ada menyebut, pandangan setiap manusia itu berbeda; dilihat ia sempurna dan tidak sempurna itu adalah dari sudut pandangan mata kasar sahaja. Oleh itu, setiap sudut pandangan itu ada mesej yang membina dan mesej menjatuhkan. Namun, ambil dan perlu lebih bersifat terbuka dalam segenap komen yang dilontarkan daripada pandangan manusia lain. Kerana, setiap pandangan itu adalah bentuk pengajaran kepada diri sendiri agar memperbaiki banyak perkara. 



andai rembulan itu mampu terlihat,
pasti dipancarkan terangnya cahaya,
andai kau perlu menerima pahit,
janganlah kaku dan tidak berdaya. 

BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Gadis Trex Production)

Over The Shoulder 

'over the shoulder' mudah dideskripsikan dengan pengambilan gambar di mana gambar berada di belakang bahu salah satu objek dan kelihatan dalam frame. objek utama tampak menghadap kamera dengan latar depan bahu bertentangan atau berhadapan. contoh diperlihatkan seperti di bawah ini; 






Sejuta manusia berdiri di hadapan, tentu akan ada yang menghulurkan tangannya. Namun, setiap huluran bantuan itu perlu sama-sama dihargai, kerana kesuntukan masa yang disebut sebagai 'kenangan' bakal dilapik dengan kelukaan karna menanggung rindunya kenangan. Mohon jangan berundur untuk sama-sama mencipta dan melakar kenangan yang indah-indah sahaja sepanjang berteduh di bumi UPM. Terima kasih Gadis Trex Production atas lakaran indah ini bersama. Moga semuanya berjaya dunia hingga akhirat Tuhan. 


perkenalan itu tanpa sedar,
perpisahan itu lumrah,
pengalaman dilakar sehingga ke Timur, 
kenangan itu dibawa sehingga tamatnya berkasih. 

BBM3410Satu2019: Mug Shot (Gadis Trex Production)

Mug Shot 

'mug shot' lebih mudah dikenali, kerana ia adalah gambar yang memfokuskan wajah subjek sahaja. cuba tengok gambar seperti di bawah ini; 


ceria itu yang dimahukan 🍨


sebak juga satu interpretasi perasaan 🍄


kemarahan itu ada tahapnya 🐞


Kalau jatuh, bangun dan berdiri agar tiada siapa yang meremehkan kelemahan diri. Namun, kita memerlukan kejatuhan itu untuk diri senantiasa bersemangat tinggi meneruskan langkah yang panjang. Titipkan perasaan yang baik baik sepanjang menjalani kehidupan agar menghasilkan sesuatu yang baik untuk diri, keluarga dan masyarakat. 


tinggalkan batik berseluar moden,
tinggalkan adat berpaksikan budaya,
jangan terpengaruh dengan keduniaan, 
kelak dirimu bersujudkan alam. 

BBM3410Satu2019: Medium Shot (Gadis Trex Production)

Medium Shot 

'medium shot' adalah pengambilan gambar yang menunjukkan beberapa bahagian dari subjek dengan lebih rinci dalam keadaan separa dari pinggang sampailah ke atas kepala. kurang faham? tengok gambar-gambar seperti di bawah ini; 



penat menunggu diterik mentari, mujur ada pokok pain untuk berteduh 🌲


   
Taman Saujana Hijau; setiap langkah ditemani dengan pokok pain 🌲



 
panjang langkah berjalan mengelilingi kehijauan tanaman 🌴


Tugas manusia termasuk jugalah menjaga dan melestarikan alam. Dengan alam, nikmat sebagai khalifah itu bertambah segar bila adanya syukur, dan bertambah luas bila adanya tawakkal. Maka, usah pandang pada kesejahteraan luaran, namun pandang jugalah sisian kekentalan dalam setiap diri khalifah itu yang ingin sekali menjadikan kehidupannya paling terbaik sepanjang berjalan di bumi Tuhan ini.




 
'water park' menarik, boleh dilawati sambil membeli belah di Shimonoseki, Jepun



 
biar hijaunya lalang menumpang dideretan pokok pain 🌾



 
bumi Jepun yang bersih, menyatukan dua tempat dari seberang 🌷



Halaman mana yang tidak merasakan sunyinya hiruk pikuk penduduknya pabila menjelangnya cuti. Pasti sunyi seperti dedaunan yang berguguran, namun tiada yang sudi mengutipnya. Lalu, membiarkan sahaja dedaunan kering itu terus reput dan dibawa terbang oleh angin ke sana dan ke mari. Begitu jugalah manusia, jalani kehidupan yang penuh dengan tuntutan; misalnya tuntutan kerja, sehinggakan tidak sedar malam sudah tiba dan fikiran perlu direhatkan seketika. Tapi, masih leka dan tiada ruang beristirahat. 



tulang belulang empat kerat, 
lilitan daging rapi terpahat,
disangkut pula aliran urat,
agar manusia hidup memberi manfaat. 



BBM3410Satu2019: Long Shot (Gadis Trex Production)

Long Shot 

'long shot' adalah pengambilan gambar yang turut memaparkan bahagian sekeliling secara luas selain fokus kepada objek utama. macam mana? tengok gambar-gambar menarik di bawah ini; 


'railway station' di Jepun 🌅

PICC Putrajaya Presint 5 🏢

penangan 'sunset' memberhentikan langkah 🌞


Setiap langkahmu pergi, jangan pernah lupa akan asal usulmu. Pergilah jauh ke seluruh benua, yang penting bawa bersama sopan santunnya berbahasa dalam hari-harimu. Budaya yang dipaparkan perlulah selari dengan lembutnya 'Melayu' dan sopannya 'bicara'. Misalnya jikalau ke negara Jepun, amalkan lah budaya bersihnya mereka di tempat-tempat awam. Jika ke negara Malaysia, ketahuilah sejarah-sejarah penubuhan sesebuah bangunan yang banyak seperti di Putrajaya. Ambillah keindahannya, jadikan ia sebagai sebuah pengalaman yang menarik! Kerana, keindahnnya merupakan tenangnya ciptaan alam, yang banyak ibrah perlu digarap. 



perkemaskan langkah menuju ke menara sejarah

hamparan biru dari awan ke tasik buatan Putrajaya 🏊

warna-warna tenang melatari kehidupan 💚


Dalam mengatur langkah agar tiada bengkang bengkoknya, kita perlu mengurus masa dengan sebaik-baiknya. Pengurusan masa yang baik memerlukan lakaran hidup yang berwarna warni, agar dapat menjalani kehidupan sehari-hari dengan ceria, tenang, indah serta dikelilingi dengan semangat yang positif (positive vibes). Berdirilah sejauh mana sekalipun, kita bisa kecapi kehidupan yang baik dengan pengurusan yang baik. 


kalau Tuhan menjauhkan kita, 
pasti tak bisa menolak dan lalu akur,
andai Tuhan menyatukan kita,
pasti terselit indahnya takdir. 








BBM3410Satu2019: Closed-Up (Gadis Trex Production)

CLOSED-UP SHOT  

'closed up' bermaksud gambar yang diambil pada jarak yang dekat, seperti di bawah ini:


Gembiranya Cik Billa pagi-pagi ini 😊


Sedihnya Cik Syamimie hari ini 😢


 
Cik Syakirah, marah siapa itu? 😡


Setiap hari, percayalah bukan mudah untuk memuaskan hati manusia lain. Sehinggakan tanpa sedar, sebenarnya kelakuan kita menjadi serba tidak kena dengan ekspresi wajah yang dipaparkan. Namun, dengan adanya orang sekeliling beri tumpuan dan memahami kita, segala perasaan yang bercelaru dalam hari itu bisa membantu kita menjalani hari-hari mendatang.




Karna bunga itu manis isinya 🐝


Embun pagi di dedaunan hijau 🌲


Kuning bunga yang menenangkan 🌻


Pemandangan alam di luar kawalan manusia, ia penguasaan Maha Pencipta isi dan seluruh di dalamnya. Hebatnya Tuhan meminjamkan kecantikan dan keindahan di dalam isi bumi ini untuk kita sebagai 'abid' dan 'khalifah' mengatur serta mengurusnya dengan baik nan teratur. Setiap bunga yang dicipta Tuhan pasti punyai nilai dan ibrah yang berbeda di antara setiap satu daripadanya. 


andai layunya bunga yang mekar,
jangan pudarkan manisnya janji-janjian,
andai hilang akar yang melingkar,
jangan dibawa pergi mesranya senyuman. 










BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

K ETIKA DAN KALIMAT 💛💚💙💝 Bergelar pelajar tahun akhir, di semester akhir bukan mudah sebenarnya ya adik-adik. Nampak kami jalan...