Monday, October 7, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Kelas Bahasa


ULASAN TENTANG BLOG DI DALAM KELAS



Blog yang bermula pada tahun 1991 dengan bentuk platform perkongsian maklumat yang mempunyai tiga (3) ciri utama iaitu; pautan ke kawasan yang lain dalam web, ruangan komen dan maklumat yang berinteraktif. Blog merupakan satu medium perbincangan dalam bentuk penulisan sama ada berbentuk formal mahupun tidak formal (Normaliza Abd Rahim, 2014) kepada pengajaran bahasa kedua. Ia merupakan medium sosial yang lebih santai kerana bersifat mesra pengguna, disamping ia lebih segar kerana dikemas kini oleh pemiliknya. Hal ini dikatakan demikian kerana ia melibatkan hubungan tiga penjuru di antara penulis blog dan pembaca, penulis blog dengan penulis blog yang lain, serta penulis blog lain dengan pembacanya.

Penulisan blog bagi medium pendidikan untuk kegunaan pengajaran adalah sangat membantu pendidik (Martindale & Wiley, 2005) kerana, penggunaan teknologi ini menawarkan bahagian maklumat terkini berkaitan pendidikan (Wang & Woo, 2008). Kajian Nadzrah Abu Bakar et al. (2010) mendapati pelajar menerima baik penggunaan blog dalam laman maya mereka kerana ia membantu meningkatkan kemahiran komunikasi dan membaca serta membina keyakinan pelajar dalam penulisan. Misalnya seramai 80% (24 responden wanita) bersetuju penggunaan blog untuk medium menulis pengajian kesusateraan seperti puisi, berbanding pelajar lelaki yang kurang gemar akan berkarya di laman blog.

Penulisan blog juga mengambil kira penggunaan bahasa yang dipersembahkan seperti yang ditegaskan oleh Nowson (2006) dalam buku Ehh!!! Media Sosial, sebagai sesuatu yang tidak formal dan kurang terhad bahasanya. Hal ini disokong oleh Levy (2009) dan dinyatakan juga oleh Zaini et al. (2012) yang mampu membentuk kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa. Penegasan mengenai bahasa ini juga merangkumi istilah, tatabahasa dan struktur ayat, perbendaharaan kata dan penyusunan penulisan penulis. Namun, dalam pembelajaran bahasa; penggunaan blog ini dapat mengkretivitikan seni bahasa mereka melalui pengluahan perasaan seperti yang dibuktikan sebanyak 66.7% (20 responden lelaki) dan 100% (30 responden wanita). Kesimpulannya, penggunaan blog di alam maya dapat membina kepakaran dari aspek kemahiran bahasa, teknologi dan penguasaan kendiri.




💛💛💛


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

K ETIKA DAN KALIMAT 💛💚💙💝 Bergelar pelajar tahun akhir, di semester akhir bukan mudah sebenarnya ya adik-adik. Nampak kami jalan...