Friday, December 6, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim

Ulasan Buku Kajian Wacana 


 
Harga seunit: RM20


Buku ini memaparkan teori berkaitan dengan Wacana dan Strategi Komunikasi yang ditulis oleh Normaliza Abd Rahim. Wacana yang diterbitkan melalui pengkomunikasian  ini memberi pendedahan dan maklumat kepada pihak yang menggunakan bahasa dalam berkomunikasi. Bab 2 pula menjelaskan analisis teori para sarjana dalam bidang bahasa dan wacana dengan melibatkan, tekstual serta aspek kandungan budaya seperti yang dikemukan oleh Normaliza Abd Rahim. Pada bab 3 menjelaskan berkaitan wacana tekstual dalam penceritaan, lirik lagu dan situasi. Wacana tekstual ini berdasarkan komponen interaksi subjek melalui pelengkapan dan penerapan nilai sosial yang ditunjukkan watak serta plot dalam setiap penceritaan dan bait lirik. Wacana ini merupakan pantulan kepada gambaran masyarakat. Pelengkapan nilai tersebut dilihat melalui metodologi lirik lagu dan model penceritaan dan dikonstruk menggunakan pendekatan wacana. Bab 4 memberi panduan kajian mengenai strategi dalam berkomunikasi dengan penyampaian mesej yang berkesan melalui penggunaan alat bantu mahupun inisiatif yang lain sehingga memberi kesan kepada pihak yang terlibat semasa berkomunikasi. Bab 5 dikaitkan dengan taksonomi atau elemen yang terdapat dalam struktur komunikasi. Dengan berpandukan struktur bahasa dan tindakan yang dilakukan, menjadikan interaksi dalam pengkomunikasian itu lebih sempurna dan tampak mudah difahami setiap butir yang diujarkan kepada pihak yang lain. Pemilihan kosa kata juga penting di dalam taksonomi ini kerana ia menjelaskan sesuatu makna yang lebih terperinci. Bab 6 mempersembahkan analisis yang digunakan dalam strategi komunikasi kanak-kanak yang berbeda capaiannya dengan orang dewasa. Buku ini diakhiri dengan cadangan kajian pada bab 7 agar mengetengahkan analisis wacana dalam bahasa isyarat, bahan bercetak dan bahan elektronik.

Kesimpulannya, buku ini memberi kesan positif kepada para pelajar tentang strategi wajar yang perlu dikaitkan dengan interaksi dalam perbualan formal mahupun tidak formal sehari-hari. Pendedahan dalam setiap bab mengajak pembaca menerokai struktur bahasa komunikasi dan kaitannya dengan budaya, sosialiti dan komuniti agar mesej yang disampaikan jelas dan bermakna kepada pihak yang bersama dalam pengkomunikasian. 

Rujukan;
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT. 
Billig, M. (2008). The Language of Critical Discourse Analysis. The Case of Nominalisation. Discourse and Society, 14(2): 147-172. 
Coulthard, M. (1977). An Introduction to Discourse Analysis. London: Longman. 



No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

K ETIKA DAN KALIMAT πŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’ Bergelar pelajar tahun akhir, di semester akhir bukan mudah sebenarnya ya adik-adik. Nampak kami jalan...