Tuesday, December 17, 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat


KETIKA DAN KALIMAT

💛💚💙💝

Bergelar pelajar tahun akhir, di semester akhir bukan mudah sebenarnya ya adik-adik. Nampak kami jalan senyum jaa di luar, tapi hakikatnya suram di dalamnya. Banyak perkara yang memotivasi dan mendidik diri aku semester 7 ini. Entah kenapalah semester 7 ini aku merasakan masa itu amat penting (ya lah, baru sedar banyak benda nak kena siapkan). Dari kerja PITA yang tiap-tiap hari perlu ada progress, nak kejar tugasan subjek minor dan major lagi. Memang pendek cerita, tiada masa yang cukup. Ditambah lagi dengan subjek major BBM3410 (fhuhhh memang jangan mimpilah untuk berehat seketika). Setiap hari ada sahaja tugasan Multimedia dalam Bahasa yang Prof.Normaliza bekalkan. Memang nak tak nak, kena siapkan, kena datang pengambaran, muat naik video dan buat hantaran dekat media sosial dan banyak serius banyak lagi. Jadi, bagi aku antara subjek yang paling mencabar dari semester 1 sehingga semester 7 adalah subjek Multimedia dalam Bahasa bawah seliaan Prof.Normaliza Abd Rahim. Melalui subjek inilah aku mulai kenal apa itu asas grafik ada 5, rule of third, flatlay flatlay tuu, macam mana nak upload video, tangkap gambar dengan betul dan penggunaan bahasa dalam setiap gambar pun satu kemahiran yang diajarkan dalam subjek ini.


Namun, minggu-minggu yang membawa kami untuk berlayar pantas dalam subjek ini mengajar diri aku sendiri bahawa apa itu REDHA, BERKAT dan MENGHARGAI. Sejak hari pertama Prof berbuih pesan ‘redha, redha’ baru aku faham erti redha yang Prof. katakan pada awal minggu 7 (lambat, bukan?) ambil masa untuk aku menghadam apa redha yang Prof. nak kan tuu. Diberi tugasan, kena ambil dengan sisian positif, jangan merungut, jangan mengeluh baru ‘redha’ Tuhan itu menyinggah dalam jiwa. Itulah redha yang aku mulai faham dari pesanan Prof.


Prof, selalu pesan juga tentang ‘berkat’ untuk susur aliran sepanjang hidup ini. Apa-apa perkara yang dilakukan, kena ada unsur yang berkat (cth; dapatkan kebenaran bila buat video dan lain lain) sebab apa? Sebab, keberkatan itulah kita bawa untuk kehidupan yang mendatang, ia akan menjadi darah daging hingalah ke anak cucu cicit dan ke bawah. Biarlah bukan kerja di DBP sekalipun, tapi kemahiran sampingan yang diajar semasa kelas Amali Multimedia bawah bimbingan En.Akmal (tutor) kami amat membantu dan pasti ada berkatnya ya adik-adik.



Dan pastinya ini adalah semester terakhir kami, bermakna ini adalah perjumpaan kami berjuang dalam bidang bahasa secara berpasukan. Mungkin selepas tamat ini perjuangan bakal diteruskan namun tidak lagi secara beramai-ramai. Jadi, aku banyak belajar dan didik dalam jiwa untuk menghargai setiap ujian, cabaran, masalah, mahupun perkara yang menyapa aku disemester ini dengan penuh positif. Terima kasih Prof.Normaliza dan Encik Akmal yang sudi mengenali dan mencurahkan ilmu serta perkongsian kepada kami terutama dalam subjek BBM3410, serta Gadis Trex Production yang tidak jemu sama-sama gembeleng idea dan tenaga untuk menghasilkan semua video yang paling menarik. Untuk kalian Gadis Trex Production, terima kasih sudi melakar kenangan di tahun akhir bersama! 






Friday, December 6, 2019

BBM3410PostGambarIbu

IBU PENGARANG JANTUNG 
(Instagram, Facebook, Twitter, Blog) 



Ibu Pengarang Jiwa dan Hati 
.
.
urrkkkkkk (kenyang) lalu aku pun pergi ke ruang tamu duduk nak turunkan makanan dengan ibu
.
.

anak: kenapa ibu tak bagi nama adik Salmah, ekk? 
.
.
ibu: ayah yang bagi nama adik, bukan ibu
.
.
anak: alaaaa kenapa tak Salmah, Rokiah sekarang jarang tau jumpa orang nama tuu
.
.

ibu terus pi dapur then jerit "Salmah!!!! nii kenapa tak tutup tudung saji?." 
.
.KAHKAHKAHKAHKAH! hambikkk ekau omak den dah panggil Salmah @drnormaliza 🤣
.
.
.
#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#Minggu11InstagramSatu
#Ibu
#IbuCeqMakMertuaHangLah

BBM3410Satu2019PostKeberkatan25November2019

KEBERKATAN 
(Tasks Instagram, Facebook, Twitter, Blog) 



"K E B E R K A T A N" 
.
.
aku ada ibu yang selalu dan setiap masa bagi nasihat dan pesanan sampai dah tua tua nii pun tak putus putus ada je pesanannya
.
.
"ada rezeki kongsi, sebab hak kita tuu ada bahagian orang lain"
.
.
jadi waktu dekat Pahang dulu tak tahu lah kenapa rezeki aku saaaaangat murah (baru aku yakin dan percaya apa ibu pesan tuu) tak ada rasa kedekut, tak cukup. balik intern je adaaa je nak beli untuk rumet dan sv. mungkin sebab rezeki itu BERKAT dan perlu dikongsi bersama. akhirnya Allah mudahkan semuaaaaa kesulitan dekat tempat orang
.

.
plus KEBERKATAN itu jalannya perlu baik, kerana ia menjadi satu daripada darah daging kita. waktu Prof @drnormaliza pesan tentang KEBERKATAN, samaaaaa betul gayanya dengan ibu saya. ada nasihat dalam ketegasannya 
.
.

#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#Minggu11InstagramDua
#Keberkatan
#25November2019
#BendApaYangDiTarikLaluAkanJatuh?


BBM3410Satu2019PostKegembiraan18November

KEGEMBIRAAN 
(Taks Instagram, Facebook, Twitter, Blog)





"KEGEMBIRAAN"
.
.

roti gardenia mula dikeluarkan pada tahun 1986 dan kalian bayangkan jenamanya dah bertahan sehingga ke hari ini
.
.
tiap tiap pagi ada je roti gardenia dalam beg, sebab kita ommelayu dibesarkan makanan Melayu sarapan pun sarapan Melayu aje lah, nii pun dah cukup cukup cukup GEMBIRA dapat set dengan air Milo kotak
.
.






Like dari Prof 




















BBM3410Satu2019PostKelegaan18November


KELEGAAN 
(Task Instagram, Facebook, Twitter dan Blog) 




"KELEGAAN"
.
.

kelegaan tuu sifatnya abstrak, tak sama pun dengan setiap orang
.
.
lega tuu bukan dari ekspresi muka je kan? boleh jadi dari tindakan dan lakuan kita 
.
.
legaaa lah duk Pahang dulu merasa kurus kan badan, tapi dah mai Selangor hhaaaa back to normal 50-55 lah. tapi, sekurang kurangnya dah pernah lah merasai kurus tuu macamana 😂 nak cuba comel macam Prof @drnormaliza je sekarang nii, harap menjadi lah ekk
.
.


#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#Minggu10InstagramSatu                                                
#Kelegaan
#18November2019



Like dan Comment dari Prof 







BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim

Ulasan Buku Kajian Wacana 


 
Harga seunit: RM20


Buku ini memaparkan teori berkaitan dengan Wacana dan Strategi Komunikasi yang ditulis oleh Normaliza Abd Rahim. Wacana yang diterbitkan melalui pengkomunikasian  ini memberi pendedahan dan maklumat kepada pihak yang menggunakan bahasa dalam berkomunikasi. Bab 2 pula menjelaskan analisis teori para sarjana dalam bidang bahasa dan wacana dengan melibatkan, tekstual serta aspek kandungan budaya seperti yang dikemukan oleh Normaliza Abd Rahim. Pada bab 3 menjelaskan berkaitan wacana tekstual dalam penceritaan, lirik lagu dan situasi. Wacana tekstual ini berdasarkan komponen interaksi subjek melalui pelengkapan dan penerapan nilai sosial yang ditunjukkan watak serta plot dalam setiap penceritaan dan bait lirik. Wacana ini merupakan pantulan kepada gambaran masyarakat. Pelengkapan nilai tersebut dilihat melalui metodologi lirik lagu dan model penceritaan dan dikonstruk menggunakan pendekatan wacana. Bab 4 memberi panduan kajian mengenai strategi dalam berkomunikasi dengan penyampaian mesej yang berkesan melalui penggunaan alat bantu mahupun inisiatif yang lain sehingga memberi kesan kepada pihak yang terlibat semasa berkomunikasi. Bab 5 dikaitkan dengan taksonomi atau elemen yang terdapat dalam struktur komunikasi. Dengan berpandukan struktur bahasa dan tindakan yang dilakukan, menjadikan interaksi dalam pengkomunikasian itu lebih sempurna dan tampak mudah difahami setiap butir yang diujarkan kepada pihak yang lain. Pemilihan kosa kata juga penting di dalam taksonomi ini kerana ia menjelaskan sesuatu makna yang lebih terperinci. Bab 6 mempersembahkan analisis yang digunakan dalam strategi komunikasi kanak-kanak yang berbeda capaiannya dengan orang dewasa. Buku ini diakhiri dengan cadangan kajian pada bab 7 agar mengetengahkan analisis wacana dalam bahasa isyarat, bahan bercetak dan bahan elektronik.

Kesimpulannya, buku ini memberi kesan positif kepada para pelajar tentang strategi wajar yang perlu dikaitkan dengan interaksi dalam perbualan formal mahupun tidak formal sehari-hari. Pendedahan dalam setiap bab mengajak pembaca menerokai struktur bahasa komunikasi dan kaitannya dengan budaya, sosialiti dan komuniti agar mesej yang disampaikan jelas dan bermakna kepada pihak yang bersama dalam pengkomunikasian. 

Rujukan;
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT. 
Billig, M. (2008). The Language of Critical Discourse Analysis. The Case of Nominalisation. Discourse and Society, 14(2): 147-172. 
Coulthard, M. (1977). An Introduction to Discourse Analysis. London: Longman. 



Monday, November 4, 2019

BBM3410Satu: TUGASAN INDIVIDU 44 GAMBAR FLATLAY



FLATLAY? 

Nak tahu apa yang kami belajar dengan Prof. Normaliza yang awesome untuk gambar Flatlay? cuti pertengahan semester, tak adanya kami goyang kaki. kami ditugaskan mengambil 44 gambar flatlay, okay? bukan mudaaaaahhhhh... 

jadi, nak tengok apa Syarfa buat? 
mari lah tengok video di bawah ini, 
jangan lupa; ketik butang

'like' 
'share' 
dan 
'subscribe' 
okay? 

https://youtu.be/hOehcOD4NRM
terima kasih  semuaaaa rakan blog 😍  


BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

K ETIKA DAN KALIMAT 💛💚💙💝 Bergelar pelajar tahun akhir, di semester akhir bukan mudah sebenarnya ya adik-adik. Nampak kami jalan...